Bismillahirrahmanirrahim
SIGMA PAHANG
Dalam musim angin kencang dan hujan seperti sekarang ini, perubahan
cuaca mendadak tidak dapat dielakkan dan telah menjadi pemandangan
biasa. Di satu segi ianya sebagai petanda akan turunnya hujan, namun
sisi lain boleh menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kerana angin ribut
ada kalanya mampu menumbangkan pokok-pokok saka, merebahkan
tanam-tanaman, menjejaskankan bangunan
dan penyebab terjadinya banjir. Sebagai hamba Allah, kita harus
mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan, di samping berdoa dan
bertawakal kepada-Nya. Walau bagaimana pun dalam berhadapan keadaan
seperti ini kita tidak boleh mencela segala ciptaan dan ketentuan-Nya.
1. Doa Ketika Angin Kencang
Dari Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak
menyenangkan, maka berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ مِنْ
خَيْرِ هَذِهِ الرِّيْحَ وَخَيْرِ مَا فِيْهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ
وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحَ وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ
مَا أُمِرَتْ بِهِ
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan
yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini,
keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.” (HR.
Al-Tirmidzi)
2. Doa Ketika Hujan Turun
Daripada Aisyah
radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam ketika
melihat hujan turun, Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan
‘Allahumma shoyyiban nafi’an’. (HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai).
3. Doa Selepas Hujan Reda
Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
melakukan Solat Subuh bersama kami di Hudaibiyah setelah hujan turun
pada malam harinya. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
« أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ
فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ. فَذَلِكَ
مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا
بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا. فَذَلِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ »
“Pada pagi ini, di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada
yang kafir. Siapa yang mengatakan ’Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’
(Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah), maka dialah yang
beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. Sedangkan yang
mengatakan ’Muthirna binnau kadza wa kadza’ (Kami diberi hujan kerana
sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman
pada bintang-bintang.” (HR. Muslim no. 240)
Ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan
hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam berdoa,
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا
اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ
الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di
sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke
dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat
tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
Di
samping bertawakal, perlu untuk setiap warga Pahang terutamanya
masyarakat sekitar kawasan Kuantan untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan baik di rumah, di universiti mahupun di atas jalan raya.
Moga ujian Allah ini mendekatkan lagi diri kita dengan Ya Khaliq yang maha mencipta lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Siti Hawa Saadah Hamdan
UIAM.
Presiden SIGMA Gamis Pahang
Thursday, 5 December 2013
DEMOKRASI TEMPANG PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang mengecam
sekeras-kerasnya ketidakadilan yang berlaku dalam Pilihan Raya Kampus
(PRK) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyaksikan pelbagai
tindakan yang menyekat dan menguburkan demokrasi telah dilakukan oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) yang diketuai sendiri oleh Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEPA, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Bin Zainuddin
Campur tangan yang jelas berbeza dengan amalan dan norma beberapa PRK sebelum ini sehingga berlaku penentangan oleh bekas pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mengeluarkan surat terbuka menyatakan kekecewaan terhadap proses PRK kali ini. Terdapat juga pemimpin pelajar yang bersoladiriti menghantar memorandum kepada TNC HEPA supaya melaksanakan “8 Tuntutan Penambahbaikan Proses Pilihanraya Kampus UMP 2013/2014”.
Dalam PRK ini, ada beberapa orang calon yang tidak dibenarkan untuk bertanding tanpa alasan yang tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP. Ada antaranya yang telah diterima pada awalnya sebagai calon, tetapi kemudiannya telah ditarik balik tanpa sebab dan justifikasi yang jelas. Pada masa yang sama terdapat proses merekrut secara senyap calon-calon tajaan dengan memberi latihan serta tajaan kewangan demi memastikan calon yang ditaja oleh JHEPA menang mudah. Manipulasi media dan peraturan dilakukan bagi menyekat dan mengongkong mahasiswa yang ingin berpartisipasi dalam PRK kali ini. Ini hanya secebis daripada episod yang sedang berlaku.
PRK adalah medan melahirkan pemimpin mahasiswa, yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Sekatan dan kekangan yang dilakukan dalam proses demokrasi ini akan melahirkan pemimpin yang tidak mempunyai kualiti kepimpinan, lantas tidak mampu membawa idealisme dan aspirasi sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Mahasiswa seharusnya diberikan hak untuk memilih dengan telus dan adil di atas padang yang rata, bukannya berat sebelah bagi memenangkan calon pilihan yang disenangi oleh pihak tertentu.
GAMIS Pahang mendesak supaya pihak JHEPA UMP menjalankan tugas dengan penuh profesional, amanah dan berintegriti. Seluruh mahasiswa adalah ‘pelanggan’ mereka dan seharusnya dilayan dengan baik dan saksama. Keadilan diberi kepada semua pihak dan tidak ada diskriminasi kepada mahasiswa yang ingin menyertai proses demokrasi melalui PRK ini. Tuntutan yang disampaikan hendaklah didengari dan dilaksanakan. Proses memilih memimpin mahasiswa bukan sekadar akan melahirkan pemimpin pada hari ini. Tetapi juga menjadi mereka yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.
‘Abdul Muntaqim Abu Bakar
Pengerusi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang
Campur tangan yang jelas berbeza dengan amalan dan norma beberapa PRK sebelum ini sehingga berlaku penentangan oleh bekas pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mengeluarkan surat terbuka menyatakan kekecewaan terhadap proses PRK kali ini. Terdapat juga pemimpin pelajar yang bersoladiriti menghantar memorandum kepada TNC HEPA supaya melaksanakan “8 Tuntutan Penambahbaikan Proses Pilihanraya Kampus UMP 2013/2014”.
Dalam PRK ini, ada beberapa orang calon yang tidak dibenarkan untuk bertanding tanpa alasan yang tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP. Ada antaranya yang telah diterima pada awalnya sebagai calon, tetapi kemudiannya telah ditarik balik tanpa sebab dan justifikasi yang jelas. Pada masa yang sama terdapat proses merekrut secara senyap calon-calon tajaan dengan memberi latihan serta tajaan kewangan demi memastikan calon yang ditaja oleh JHEPA menang mudah. Manipulasi media dan peraturan dilakukan bagi menyekat dan mengongkong mahasiswa yang ingin berpartisipasi dalam PRK kali ini. Ini hanya secebis daripada episod yang sedang berlaku.
PRK adalah medan melahirkan pemimpin mahasiswa, yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Sekatan dan kekangan yang dilakukan dalam proses demokrasi ini akan melahirkan pemimpin yang tidak mempunyai kualiti kepimpinan, lantas tidak mampu membawa idealisme dan aspirasi sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Mahasiswa seharusnya diberikan hak untuk memilih dengan telus dan adil di atas padang yang rata, bukannya berat sebelah bagi memenangkan calon pilihan yang disenangi oleh pihak tertentu.
GAMIS Pahang mendesak supaya pihak JHEPA UMP menjalankan tugas dengan penuh profesional, amanah dan berintegriti. Seluruh mahasiswa adalah ‘pelanggan’ mereka dan seharusnya dilayan dengan baik dan saksama. Keadilan diberi kepada semua pihak dan tidak ada diskriminasi kepada mahasiswa yang ingin menyertai proses demokrasi melalui PRK ini. Tuntutan yang disampaikan hendaklah didengari dan dilaksanakan. Proses memilih memimpin mahasiswa bukan sekadar akan melahirkan pemimpin pada hari ini. Tetapi juga menjadi mereka yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.
‘Abdul Muntaqim Abu Bakar
Pengerusi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang
Thursday, 14 November 2013
MAHASISWA BERSAMA RAKYAT
Kuantan, 5 November 2013- Awal Muharam 1435H bagi
penduduk Perumahan Peramu kawasan Tanjung Lumpur dekat sini telah diserikan
dengan lawatan mahasiswa-mahasiswa dari kampus sekitar untuk menyambut sambutan
tahun baru ini dengan mereka.
Program anjuran Gabungan Mahasiswa
Islam SeMalaysia (GAMIS) Pahang itu telah berjaya mendekati rakyat serta
menggembirakan warga setempat. Program yang disusun sempena awal muharam itu
berobjektifkan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat serta
memaknakan erti awal muharam dalam setiap hati ummat Islam.
Program yang julung-julung kali dibuat ini turut dihadiri sendiri oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul Muntaqim Abu Bakar. Dalam ucapan pembukaan, beliau memuji komitmen dan semangat mahasiswa yang sudi untuk turun bersama mendekati masyarakat. Program yang dimulakan seawal 9 pagi telah berjaya mendekati lebih dari 60 rumah masyarakat setempat. Sedikit sumbangan serta cenderamata berubah buah-buahan dan keperluan harian seperti beras, gula, susu dan biskut turut dijadikan buah tangan. Walaupun hujan agak lebat pada sebelah paginya, ternyata ianya tidak menghalang sukarelawan-sukarelawan anak muda Gamis Pahang ini untuk turun bersama warga setempat.
Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul
Muntaqim Abu Bakar
Proses pengagihan sumbangan
Program tersebut telah diakhiri
dengan lawatan ke perniagaan kecil-kecilan keropok lekor oleh masyarakat
sekitar dalam kejiranan tersebut juga. Mengulas mengenai aktiviti yang
dijalankan, Saudar Hisham dari UIAM kampus Kuantan berhasrat agar program
sebegini mendapat lebih partisipasi dari lebih ramai mahasiswa serta
dermawan-dermawan diluar sana untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti Gamis
Pahang.
Monday, 18 March 2013
FORUM; OUR COUNTRY, OUR RIGHT, OUR CHOICE
Salam penghargaan dan terima kasih kepada;
Penganjur daripada Badan Bertindak Mahasiswa Mahallah Tabari, Mahallah Maimunah & Mahallah Talhah, One Stop Student Centre IIUM Kuantan
Rakan panel Dr Zuhdi Marzuki Penganalisis Politik & Bro Uzzair Izzat Biro Politik Kampus PEMBINA
Jom like & share page
Sunday, 10 March 2013
GAMIS PAHANG OPTIMIS TAWAN WISMA SRI PAHANG
GAMIS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
bertujuan menghimpunkan mahasiswa islam di seluruh Malaysia untuk memimpin
kebangkitan ummah dengan menyuntik kesedaran islam melalui orientasi dakwah,siasah
& tarbiyah.
GAMIS Pahang diwujudkan bagi memberi penekanan &
meneruskan kelangsungan gerak kerja GAMIS Pusat dalam lingkungan negeri Pahang
agar segala perencanaan bersesuai serta selari dengan suasana, budaya &
realiti masyarakat setempat.
GAMIS Pahang dengan kekuatan anggota sekitar 700 orang
mengambil pendirian, serta menetapkan komitmen & iltizam kami untuk
bersama-sama menyokong arus kebangkitan rakyat dalam usaha memenangkan Pakatan
Rakyat bagi menawan Wisma Sri Pahang dalam PRU-13 nanti.
Untuk makluman, jentera GAMIS Pahang sudah berada dalam
keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya akan datang dengan menyusun
pelbagai aktiviti & program yang bersesuaian,antara program yang telah
dijalankan adalah seperti Jelajah Mahasiswa Bersama Rakyat di kawasan pilihan
seperti kawasan Beserah, Sungai Lembing, Pekan, Chenor, Luit & Sungai Isap dengan
menjalankan pelbagai aktiviti seperti edaran risalah, gotong-royong, sumbangan bantuan
kepada masyarakat miskin, kurang upaya,ibu tunggal & anak yatim, Ziarah Dakwah
di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Diskusi Ilmiah, Ziarah Sosial ke rumah bangsa
Tioghoa sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Sembang-Santai Anak Muda, Flash Mob Gaza,
Kunjungan Hormat ke rumah pemimpin parti politik dan pelbagai program susulan
yang akan dilaksanakan kelak.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang
diterajui oleh DS Adnan Yaakob selama 14 tahun, dilihat gagal mentadbir &
mengurus negeri ini dengan penuh adil,telus & amanah ditambah dengan
lambakan isu-isu rakyat yang masih gagal diselesaikan seperti isu ganguan
bekalan air, isu Lynas dan tanah adat Orang Asli menjadi titik tolak dalam
usaha mewujudkan momentum anak muda tolak BN dalam pilihanraya akan datang.
GAMIS Pahang yang terdiri daripada komuniti mahasiswa
islam atas rasa tanggungjawab & amanah mengambil inisiatif tersendiri berusaha
sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sosial secara sukarela demi merealisasikan
harapan rakyat demi membina negara Malaysia baru yang adil, aman &
berkebajikan berlandaskan nilai-nilai dan prinsip Islam.
Muhamad Fazli Bin Abd Halim
Ketua Penerangan & Jurucakap GAMIS Pahang
Saturday, 2 March 2013
Mahasiswa protes Najib di Pekan sedikit kecoh
Protes Aman dan Penyerahan Memorandum Kepada DS Najib Razak
KUALA LUMPUR: Sempena dengan kehadiran Perdana
Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat Transformasi Luar
Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa daripada
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul
untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang
telah terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi
keperluan mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes
tersebut, mahasiswa mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius
terhadap masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang khususnya di
sekitar parlimen beliau sendiri iaitu Pekan yang tidak berkesudahan
sehingga sekarang.
Katanya, reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman
Mahasiswa menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri
Najib Razak.
Menurutnya, dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang
ditentang oleh Ustaz Ramli Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang
tipis dengan majoriti 241 undi.
“Terbukti bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk
sekitar menunjukkan sokongan terhadap protes ini,” ujarnya dalam satu
kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan
datang dijalankan dengan adil, telus dan demokratik serta menuntut agar
pihak kerajaan menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman,
politik janji, politik samseng, politik ugut dan politik fitnah yang
semakin subur di negara kita pada hari ini.
Selain daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media
yang adil, telus & saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.
“Menariknya, protes aman itu turut mendapat respons positif daripada
pegawai-pegawai kerajaan yang melalui jalan tersebut,” ujarnya.
Tambahnya, terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan
tetapi mereka sedar akan kepincangan negara yang berlaku di bawah
pemerintahan Najib.
Walau bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman
berlaku apabila sekumpulan ‘ahli Umno tegar’ hadir dan cuba menghalau
aktivis mahasiswa yang sedang berhimpun.
Menurutnya, mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada
hari ini tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang
memberi banyak kemudahan kepada pelajar.
“Apabila ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah
berlaku sekian lama, mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah
tersebut perlu berbincang dengan penghulu kampung,” katanya.
Katanya lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.
Selepas rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa
bersetuju untuk menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan
faktor keselamatan yang tidak selamat walaupun di kawasan parlimen
Perdana Menteri sendiri.
Baginya, PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia
bersama-sama menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara
fakta dan sejarah, selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu
banyak kes-kes penipuan pimpinan tertinggi negara, kronisme, nepotisme,
menyekat hak royalti, menggadai hak orang melayu, meruntuhkan insitusi
sultan dan sebagainya.
“Gamis akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk
memastikan hasrat dan impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam
PRU13 tercapai,” ujarnya.
Sumber daripada:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17130-walaupun-kecoh-mahasiswa-bantah-najib-di-pekan
Thursday, 28 February 2013
MEMORANDUM GAMIS PAHANG KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA
Protes Aman dan Penyerahan Memorandum Kepada DS Najib Razak
10 Tuntutan GAMIS PAHANG
Jumaat, 1 Mac 2013
Sempena Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di Pekan.
10 Tuntutan GAMIS PAHANG
Jumaat, 1 Mac 2013
Sempena Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di Pekan.
Anak Muda
1. Menuntut penekanan serius usaha-usaha menangani & mengatasi permasalahan gejala sosial & keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda.
Pendidikan & ISLAM
2. Memperkasa & meningkatkan kualiti sistem, infrastruktur, serta pembangunan sekolah aliran Islam di negeri Pahang.
3. Memperteguh jatidiri masyarakat daripada pengaruh & budaya asing yang bercangah dengan nilai & prinsip islam.
Kemudahan Asas
4. Mendesak agar segala keperluan asas rakyat seperti bekalan air bersih, perkhidmatan elektrik, diselesaikan dengan segera.
Alam Sekitar
5. Penekanan soal pemeliharaan & pemuliharaan khazanah alam semula jadi dalam pembentukan dasar & polisi kerajaan.
Politik
6. Menuntut agar pilihanraya umum akan datang dijalankan dengan adil, telus & demokratik.
7. Menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng, politik ugut & politik fitnah.
8. Membina model politik baru berasaskan politik nilai, politik idea & politik hujah.
9. Menuntut capaian media yang adil, telus & saksama sepanjang tempoh berkempen dijalankan semasa PRU-13.
10. Menghormati hak & suara rakyat dengan mengembalikan kuasa rakyat untuk menilai & memilih pilihan dengan bebas, adil & telus semasa piliharaya umum tanpa wujud sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)