Kuantan, 5 November 2013- Awal Muharam 1435H bagi
penduduk Perumahan Peramu kawasan Tanjung Lumpur dekat sini telah diserikan
dengan lawatan mahasiswa-mahasiswa dari kampus sekitar untuk menyambut sambutan
tahun baru ini dengan mereka.
Program anjuran Gabungan Mahasiswa
Islam SeMalaysia (GAMIS) Pahang itu telah berjaya mendekati rakyat serta
menggembirakan warga setempat. Program yang disusun sempena awal muharam itu
berobjektifkan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat serta
memaknakan erti awal muharam dalam setiap hati ummat Islam.
Program yang julung-julung kali dibuat ini turut dihadiri sendiri oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul Muntaqim Abu Bakar. Dalam ucapan pembukaan, beliau memuji komitmen dan semangat mahasiswa yang sudi untuk turun bersama mendekati masyarakat. Program yang dimulakan seawal 9 pagi telah berjaya mendekati lebih dari 60 rumah masyarakat setempat. Sedikit sumbangan serta cenderamata berubah buah-buahan dan keperluan harian seperti beras, gula, susu dan biskut turut dijadikan buah tangan. Walaupun hujan agak lebat pada sebelah paginya, ternyata ianya tidak menghalang sukarelawan-sukarelawan anak muda Gamis Pahang ini untuk turun bersama warga setempat.
Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul
Muntaqim Abu Bakar
Proses pengagihan sumbangan
Program tersebut telah diakhiri
dengan lawatan ke perniagaan kecil-kecilan keropok lekor oleh masyarakat
sekitar dalam kejiranan tersebut juga. Mengulas mengenai aktiviti yang
dijalankan, Saudar Hisham dari UIAM kampus Kuantan berhasrat agar program
sebegini mendapat lebih partisipasi dari lebih ramai mahasiswa serta
dermawan-dermawan diluar sana untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti Gamis
Pahang.
No comments:
Post a Comment