‘’Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi.
Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali mengalahkan kamu. Masyarakat
menginginkan kemerdekaan Palestin’’ Begitulah di antara teriakan-teriakan
jemaah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu waktu Kaherah,
setelah mendengar khutbah Jumaat Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan Ulama
Islam se-dunia.
Palestin bergolak lagi.Gaza bermandi darah
saban waktu.Mayat pejuang syahid bergelimpangan di merata tempat.Laungan
‘Allahuakbar’ menjadi melodi indah.Kain kafan menjadi murah.Baju itu
satu-satunya dipakai kali terakhir,baju itu jua yang menjadi kain kafannya.
Saat kita mencipta mimpi berlapikkan bantal
yang empuk,mereka berjaga menantikan mimpi ngeri mengusir pergi.Saat kita
berjuang dengan senjata pena untuk peperiksaan dan timbunan assignment yang menanti duedate nya,mereka berjuang
dengan apa sahaja senjata yang bisa digapai untuk peperangan yang berpanjangan
dan tiada kesudahan.Yang pasti duedate mereka sama ada mati syahid atau menang.
Sambutan tahun baru Hijrah 1434 di Gaza
dicemari dengan serangan peluru berpandu Zionis Israel laknatullah. Serangan
bermula dengan pembunuhan seorang anak Palestin berusia 13 tahun yang sedang
bermain bola oleh askar Zionis di Khan Younis, Gaza. Setakat kenyataan ini
ditulis, 46 Penduduk Gaza telah syahid termasuk kanak-kanak berusia 11 bulan
hingga 13 tahun.11 darinya adalah kanak-kanak, 3 wanita, dan 4 golongan yang
berusia. Selebihnya adalah pemuda dalam serangan ‘’Pillar Of Cloud’’. Jumlah
yang cedera dianggarkan seramai 270 orang. Jumlah kanak-kanak yang cedera
adalah seramai 450 orang, wanita 96 orang manakala selebihnya golongan
pemuda.Itu perkembangan bertarikh 17 November 2012.Bagaimana dengan sekarang?
Tidak mungkin angkanya berkurang melainkan bertambah!
Apakah kita hanya memandang nilai angka itu
dan menarik muka kasihan tanpa berbuat apa-apa? Apakah cukup kita merasakan apa
yang dideritai mereka itu derita kita juga? Apakah jiwa tidak terusik untuk
melakukan sesuatu buat mereka? Apakah rasa kesedihan membanjiri hati kita tanpa
kita mencari perahu solusi di atas kebejatan pihak Yahudi Laknatullah ini ?
Lupakah kita akan sabda Kekasih Agung sesama Muslim adalah bersaudara tanpa mengira
bangsa,agama dan negara? :
Dari Abu Hurairah Ra berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Seorang muslim
adalah saudara sesama muslim, tidak boleh menganiaya sesamanya, tidak boleh
membiarkannya teraniaya dan tidak boleh merendahkannya. Taqwa (kepatuhan kepada
Allah) itu letaknya disini….” Dan beliau mengisyaratkan ke dadanya. Perkataan
ini diulanginya sampai tiga kali. ”Cukup besar kesalahan seseorang, apabila dia
menghinakan (merendahkan) saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap
sesame muslim, terlarang menumpahkan darahnya (membunuh atau melukai), merampas
hartanya dan merusak kehormatannya (nama baiknya).”
Sebagai Mahasiswa apa peranan yang boleh
dimainkan kita? Mari kita selamilah kata-kata nasihat dari Syeikh Ahmad Yassin
ini,pengasas HAMAS dan pejuang palestin yang disegani dunia.
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para pemuda
dan pemudi :
☛
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan
meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya
jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan
solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri
dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi
kehidupan Nabi Muhammad saw.
☛
aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari
itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah
Nabi kalian yang agung.
☛
para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.
Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar
Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati
orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛
aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,
melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta
menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai
anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus
ke dalam arus syahwat.
☛
wahai puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab
secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan
mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda
kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup
kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik
perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Apa yang dapat penulis simpulkan melalui
kata-kata amanat dari Pengasas HAMAS ini ialah mengikut pandangan penulis yang
kerdil dari sudut peranan mahasiswa ialah:
1) SOLAT
BERJEMAAH DI MASJID TERUTAMA SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Bagi penulis,jemaah yang bakal mengalahkan
pihak Yahudi ini bukan Jemaah PAS,UMNO,PKR dan sebagainya namun jemaah yang
menggerunkan pihak Yahudi adalah jemaah Subuh di masjid-masjid dan
surau-surau.Imarahkanlah masjid-masjid dengan jejak kaki kalian dengan solat di
sana.Mari kita teliti ayat-ayat cinta dari ALLAH Subhana Wa Ta’ala dalam surah
At Taubah ,9:18:
Maksudnya:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang
beriman kepada ALLAH dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat,menunaikan
zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada ALLAH.Maka merekalah
orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat
petunjuk.
Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr.
Raghib as Sirjani menukilkan,’’ pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan
bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni
apabila jumlah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.Demontrasi yang
terbaik adalah demontrasi solat Subuh secara berjamaah di masjid-masjid !
2) BELAJAR
DENGAN ITQAN DAN ADAB.
Sebagai seorang mahasiswa, dan juga memegang
taklif sebagai seorang pelajar haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh
dalam apa jua bidang pelajaran yang diceburinya baik ilmu dunia atau ilmu
akhirat.Bahkan penuntut ilmu mestilah bersungguh-sungguh menjaga adab dan etika
dan disiplin dalam pembelajaran bagi mendapatkan natijah ilmu yang benar-benar
memberi manfaat dan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan.Jaga adab dengan
guru.Jauhi maksiat kerana ilmu itu umpama cahaya maka ia tidak akan memasuki
hati yang dikotori dengan kegelapan maksiat.
Al Imam Nawawi berkata di dalam Muqadimah
kitab Syarah al Muhazzab :’’ Semestinya seseorang penuntut ilmu itu mensucikan
hatinya dari kotoran agar layak untuk menerima ilmu,menghafalnya dan
mendapatkan buahnya.’’.Bahkan berkata Sayyiduna al Imam Abdullah Ibn ‘Alawi al
Haddad seperti yang diceritakan kembali oleh guru penulis al Fadhil al Mukarram
Ustaz Muhadir Haji Joll mengenai kepentingan membersihkan hati dari sifat-sifat
yang tercela: ‘’Sekiranya kamu datang dengan membawa sebuah bekas yang kotor
kepada seseorang untuk mendapatkan minyak,madu,atau seumpamanya,maka dia akan
berkata kepadamu,’’Pergilah kamu membasuh bekas itu dahulu.’’ (Sumber : Kitab
Adab dan Doa Penuntut Ilmu,Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki)
Pentingnya kesungguhan dan adab dalam
menuntut ilmu adalah supaya kita mendapatkan keberkatan dalam ilmu
tersebut.Maka ilmu yang berkat dapat memberi manfaat untuk kepentingan umat
manusia sejagat.Ini adalah matlamat jangka panjang kita.Suatu hari nani kita
dapat menggunakan kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing untuk membantu
saudara seIslam di Palestin sana.Salurkan ilmu yang kita ada ke arah matlamat
yang terarah untuk membantu Palestin.
Ketika Tentera Zionis laknatullah menyerang
Semenanjung Gaza, kumpulan Anonymous mengistiharkan "Operation
Israel".
Berita terkini (17 Nov), hampir 550 website
kerajaan haram Israel telah diambil alih oleh Anonymous, pangkalan data
dipadamkan, memecah masuk akaun peribadi dan merosakkan sistem internet
kerajaan haram Israel.
3) JAGA
MAKAN,MINUM,PAKAIAN DARI SUMBER HARAM DAN SYUBHAT
Mari kita sama-sama selusuri ayat-ayat cinta
dari Rasul Illahi dari Abu Hurairah radhiallahuanhu:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah
itu Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah Ta’ala
memerintahkan kaum mukminin dengan perintah yang juga Dia tujukan kepada para
rasul, “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah
amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS.
Al-Mukminun: 51)”
dan Dia juga berfirman, “Hai orang-orang yang beriman,
makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS.
Al-Baqarah: 172)”
Kemudian beliau menyebutkan seseorang yang letih dalam
perjalanannya, rambutnya berantakan, dan kakinya berpasir, seraya dia
menengadahkan kedua tanganya ke langit dan berkata, “Wahai Rabbku, wahai
Rabbku.” Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia
diberi makan dari yang haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan.
(HR. Muslim no. 1015).
Makan,minum atau pakaian dari sumber yang
haram akan ditolak doanya oleh ALLAH.Saban hari kita berdoa qunut Nazilah
khususnya untuk Palestin,apakah kita merasakan doa kita didengar dan dikabulkan
oleh ALLAH atau tidak. Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar,
beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu
diterima oleh Allah dikalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak
menyuap kedalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”.
Seorang mahasiswa harus mengambil cakna
tentang apa jua makanan,minuman yang disuapkan ke mulut mereka.Meskipun ia
halal,bagaimana pula sumber makanan itu didapati?Matlamat tidak menghalalkan
cara.Niat kita untuk mengenyangkan perut tidak menghalalkan kita untuk mencari
makanan itu dari sumber yang haram.Atau sumber yang akhirnya memberi kebaikan
kepada pihak Yahudi Laknatullah khususnya.Makanan itu akan mendarah daging
dalam badan.Akibatnya belajar tidak berkat,ilmu tidak melekat,hafal
tersekat-sekat,usir keredaan ALLAH yang Maha Dekat.
Israel adalah makhluq Allah yang cintakan
dunia. Perkara yang menakutkan mereka adalah apabila ekonomi mereka
jatuh.Israel tidak takut apabila demontrasi atau protes.Mereka cuma takut apabila ekonomi mereka jatuh
menjunam.Penyelesaian terbaik adalah boikot produl Israel.Usaha memboikot
restoran McDonald, Starbucks, Coco-Cola dan produk-produk yang sudah terbukti
dengan jelas memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak
kepada negara haram Israel adalah salah satu usaha penting dalam menunjukkan
solidariti kita kepada Palestin.
Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof
al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut: Dalam boikot, ada tujuan lain selain
ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan
diri dari perhambaan terhadap selera orang lain, yang mengajar untuk terlalu
bergantung pada sesuatu yang tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya
(maksudnya: jangan terlalu bergantung pada produk mereka).Boikot juga sebagai
suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati
saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada
musuh.Bahkan ia adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif
yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tanah para nabi dan bumi
jihad, Palestin.
Kesimpulan
Ini hanya sebahagian sahaja peranan yang
boleh diambil oleh mahasiswa ke atas respons isu Palestin.Sememangnya mahasiswa
Islam memegang tanggungjawab yang besar dalam menyiapkan diri menghadapi
cabaran mendatang. Isu Palestine bukan isu negara namun isu Ummah.Di sana
terletak Masjidil Aqsa,tempat Isra’ Rasulullah sebelum diMi’rajkan ke langit.
Memetik kata-kata dari ulama kontemporari Sheikh Yusof al Qaradaw:"Jika orang-orang
Yahudi menganggap diri mereka sebagai tentera yang mendukung negara Israel
dengan seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan
tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa
dan raga!". Wallahua’alam bisowab.
No comments:
Post a Comment