Berkata
Imam As – Syahid Hassan Al Banna , “Pemuda di setiap umat adalah kunci
kebangkitannya” dan pernah berkata juga Bung Karno dalam
ucapannya, “Berikan aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut gunung Semeru,
berikan aku 10 pemuda nescaya akan kugoncangkan dunia”.
Menyedari
hakikat bahawa anak muda adalah asset penting dalam pembangunan individu, masyarakat
dan negara Islam, maka Gamis Pahang menampilkan inisiatif sihat dan segar untuk terlibat dalam
pembentukan karekter, jiwa dan pemikiran anak muda ini.
Alhamdulillah,
seinfiniti kesyukuran dirafa’kan kepada Allah s.w.t atas segala rahmat dan
izinNya, maka program Bual Santai Anak Muda Pahang telah berjaya dijalankan
dengan jayanya pada 25 November 2012 yang lalu. Program yang julung kali
diadakan ini adalah bertemakan ‘Gua Hijrah Gua Ok!’ merupakan tema yang meraikan
jiwa anak muda yang dinamik dan sukakan pembaharuan. Program ini juga bertujuan
untuk mendekati hati-hati anak muda sekaligus mendekatkan mereka kepada
nilai-nilai sebenar dalam Islam.
Misi
menawan hati anak muda kali ini menggunakan pendekatan ‘santai’
tetapi ‘ilmiah’, ‘mendidik sambil menghibur’ yang sangat cocok dengan jiwa dan
citarasa mereka.
Program
ini bermula dengan forum santai bertajuk ‘Hiburan dan pergaulan dalam Islam’
yang membariskan dua orang ahli panel yang hebat iaitu Al-Ustaz Felza Zulhibri
(Pensyarah UIAM), saudari Thohiroh Sufi (aktivis muslimah muda) dan seorang
moderator yang cukup bertenaga, Mohd Hilmi Hamdan (aktivis mahasiswa).
Barisan ahli panel |
Ucapan pengerusi Gamis Pahang |
Tuan moderator |
Bukan
sahaja istimewa untuk anak muda, bahkan program
ini tampil menonjolkan kelainan
tersendiri dimana ianya diadakan di sebuah restoran terbuka di Bandar Indera
Mahkota yang sangat strategik sebagai tempat berkumpul dan lepak anak muda.
Selain itu, ianya juga berdekatan dengan kolej kediaman pelajar IPTA/IPTS di
Kuantan khususnya UIAM, SHAHPUTRA, POLISAS dan lain-lain seperti UMP, KIPSAS
dan IKIP.
Persembahan yang mantap daripada IPPO BAND telah menambahkan lagi keceriaan kepada majlis. Hadirin dipersembahkan dengan beberapa buah lagu mendidik jiwa yang sangat bertepatan dengan ciri-ciri hiburan yang dibenarkan dalam Islam.
Walaupun
pada awalnya pihak urusetia berdepan risiko kekurangan sambutan terhadap program
disebabkan ianya bertembung dengan perlawanan besar Piala AFF Suzuki Malaysia
melawan Singapura, Alhamdulillah sambutan terhadap program sangat menggalakkan
di mana dianggarkan seramai 200 orang pengunjung yang hadir pada malam
tersebut.Persembahan yang mantap daripada IPPO BAND telah menambahkan lagi keceriaan kepada majlis. Hadirin dipersembahkan dengan beberapa buah lagu mendidik jiwa yang sangat bertepatan dengan ciri-ciri hiburan yang dibenarkan dalam Islam.
Antara hadirin yg hadir |
Pengunjung muslimat |
Dalam kegembiraan dan keceriaan majlis, agenda terbesar GAMIS PAHANG pada malam tersebut adalah pelancaran TABUNG GAZA yang dirasmikan oleh pemilik restoran. Alhamdulillah, kutipan pada malam itu mencecah RM 2000. Insya Allah, pihak GAMIS PAHANG akan menyalurkan derma terkumpul ini kepada NGO yang diiktiraf. Jazakallahu khairan jaza’ kepada seluruh muslimin-muslimat yang telah menyumbang. Semoga sumbangan kita itu bukan sahaja sebagai amal jariah tetapi sebagai tanda cinta dan prihatin kita kepada saudara sesama Islam kita di Gazzah.
Semoga
Gamis Pahang akan terus mendepani gerakan anak muda di Pahang demi kepentingan
Islam sejagat di masa – masa yang akan datang.
Bergambar bersama IPPO BAND |
Barisan komiti |
No comments:
Post a Comment