Sunday, 10 March 2013

GAMIS PAHANG OPTIMIS TAWAN WISMA SRI PAHANG

GAMIS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan menghimpunkan mahasiswa islam di seluruh Malaysia untuk memimpin kebangkitan ummah dengan menyuntik kesedaran islam melalui orientasi dakwah,siasah & tarbiyah.

GAMIS Pahang diwujudkan bagi memberi penekanan & meneruskan kelangsungan gerak kerja GAMIS Pusat dalam lingkungan negeri Pahang agar segala perencanaan bersesuai serta selari dengan suasana, budaya & realiti masyarakat setempat.

GAMIS Pahang dengan kekuatan anggota sekitar 700 orang mengambil pendirian, serta menetapkan komitmen & iltizam kami untuk bersama-sama menyokong arus kebangkitan rakyat dalam usaha memenangkan Pakatan Rakyat bagi menawan Wisma Sri Pahang dalam PRU-13 nanti. 

Untuk makluman, jentera GAMIS Pahang sudah berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya akan datang dengan menyusun pelbagai aktiviti & program yang bersesuaian,antara program yang telah dijalankan adalah seperti Jelajah Mahasiswa Bersama Rakyat di kawasan pilihan seperti kawasan Beserah, Sungai Lembing, Pekan, Chenor, Luit & Sungai Isap dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti edaran risalah, gotong-royong, sumbangan bantuan kepada masyarakat miskin, kurang upaya,ibu tunggal & anak yatim, Ziarah Dakwah di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Diskusi Ilmiah, Ziarah Sosial ke rumah bangsa Tioghoa sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Sembang-Santai Anak Muda, Flash Mob Gaza, Kunjungan Hormat ke rumah pemimpin parti politik dan pelbagai program susulan yang akan dilaksanakan kelak. 

Pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang diterajui oleh DS Adnan Yaakob selama 14 tahun, dilihat gagal mentadbir & mengurus negeri ini dengan penuh adil,telus & amanah ditambah dengan lambakan isu-isu rakyat yang masih gagal diselesaikan seperti isu ganguan bekalan air, isu Lynas dan tanah adat Orang Asli menjadi titik tolak dalam usaha mewujudkan momentum anak muda tolak BN dalam pilihanraya akan datang.

GAMIS Pahang yang terdiri daripada komuniti mahasiswa islam atas rasa tanggungjawab & amanah mengambil inisiatif tersendiri berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sosial secara sukarela demi merealisasikan harapan rakyat demi membina negara Malaysia baru yang adil, aman & berkebajikan berlandaskan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Muhamad Fazli Bin Abd Halim
Ketua Penerangan & Jurucakap GAMIS Pahang

No comments:

Post a Comment