Bismillahirrahmanirrahim
SIGMA PAHANG
Dalam musim angin kencang dan hujan seperti sekarang ini, perubahan
cuaca mendadak tidak dapat dielakkan dan telah menjadi pemandangan
biasa. Di satu segi ianya sebagai petanda akan turunnya hujan, namun
sisi lain boleh menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kerana angin ribut
ada kalanya mampu menumbangkan pokok-pokok saka, merebahkan
tanam-tanaman, menjejaskankan bangunan
dan penyebab terjadinya banjir. Sebagai hamba Allah, kita harus
mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan, di samping berdoa dan
bertawakal kepada-Nya. Walau bagaimana pun dalam berhadapan keadaan
seperti ini kita tidak boleh mencela segala ciptaan dan ketentuan-Nya.
1. Doa Ketika Angin Kencang
Dari Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak
menyenangkan, maka berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ مِنْ
خَيْرِ هَذِهِ الرِّيْحَ وَخَيْرِ مَا فِيْهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ
وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحَ وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ
مَا أُمِرَتْ بِهِ
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan
yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini,
keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.” (HR.
Al-Tirmidzi)
2. Doa Ketika Hujan Turun
Daripada Aisyah
radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam ketika
melihat hujan turun, Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan
‘Allahumma shoyyiban nafi’an’. (HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai).
3. Doa Selepas Hujan Reda
Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
melakukan Solat Subuh bersama kami di Hudaibiyah setelah hujan turun
pada malam harinya. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
« أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ
فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ. فَذَلِكَ
مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا
بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا. فَذَلِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ »
“Pada pagi ini, di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada
yang kafir. Siapa yang mengatakan ’Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’
(Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah), maka dialah yang
beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. Sedangkan yang
mengatakan ’Muthirna binnau kadza wa kadza’ (Kami diberi hujan kerana
sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman
pada bintang-bintang.” (HR. Muslim no. 240)
Ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan
hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam berdoa,
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا
اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ
الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di
sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke
dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat
tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
Di
samping bertawakal, perlu untuk setiap warga Pahang terutamanya
masyarakat sekitar kawasan Kuantan untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan baik di rumah, di universiti mahupun di atas jalan raya.
Moga ujian Allah ini mendekatkan lagi diri kita dengan Ya Khaliq yang maha mencipta lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Siti Hawa Saadah Hamdan
UIAM.
Presiden SIGMA Gamis Pahang
Thursday, 5 December 2013
DEMOKRASI TEMPANG PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang mengecam
sekeras-kerasnya ketidakadilan yang berlaku dalam Pilihan Raya Kampus
(PRK) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyaksikan pelbagai
tindakan yang menyekat dan menguburkan demokrasi telah dilakukan oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) yang diketuai sendiri oleh Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEPA, Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Bin Zainuddin
Campur tangan yang jelas berbeza dengan amalan dan norma beberapa PRK sebelum ini sehingga berlaku penentangan oleh bekas pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mengeluarkan surat terbuka menyatakan kekecewaan terhadap proses PRK kali ini. Terdapat juga pemimpin pelajar yang bersoladiriti menghantar memorandum kepada TNC HEPA supaya melaksanakan “8 Tuntutan Penambahbaikan Proses Pilihanraya Kampus UMP 2013/2014”.
Dalam PRK ini, ada beberapa orang calon yang tidak dibenarkan untuk bertanding tanpa alasan yang tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP. Ada antaranya yang telah diterima pada awalnya sebagai calon, tetapi kemudiannya telah ditarik balik tanpa sebab dan justifikasi yang jelas. Pada masa yang sama terdapat proses merekrut secara senyap calon-calon tajaan dengan memberi latihan serta tajaan kewangan demi memastikan calon yang ditaja oleh JHEPA menang mudah. Manipulasi media dan peraturan dilakukan bagi menyekat dan mengongkong mahasiswa yang ingin berpartisipasi dalam PRK kali ini. Ini hanya secebis daripada episod yang sedang berlaku.
PRK adalah medan melahirkan pemimpin mahasiswa, yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Sekatan dan kekangan yang dilakukan dalam proses demokrasi ini akan melahirkan pemimpin yang tidak mempunyai kualiti kepimpinan, lantas tidak mampu membawa idealisme dan aspirasi sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Mahasiswa seharusnya diberikan hak untuk memilih dengan telus dan adil di atas padang yang rata, bukannya berat sebelah bagi memenangkan calon pilihan yang disenangi oleh pihak tertentu.
GAMIS Pahang mendesak supaya pihak JHEPA UMP menjalankan tugas dengan penuh profesional, amanah dan berintegriti. Seluruh mahasiswa adalah ‘pelanggan’ mereka dan seharusnya dilayan dengan baik dan saksama. Keadilan diberi kepada semua pihak dan tidak ada diskriminasi kepada mahasiswa yang ingin menyertai proses demokrasi melalui PRK ini. Tuntutan yang disampaikan hendaklah didengari dan dilaksanakan. Proses memilih memimpin mahasiswa bukan sekadar akan melahirkan pemimpin pada hari ini. Tetapi juga menjadi mereka yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.
‘Abdul Muntaqim Abu Bakar
Pengerusi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang

Subscribe to:
Posts (Atom)