Thursday 14 November 2013

MAHASISWA BERSAMA RAKYAT



Kuantan, 5 November 2013- Awal Muharam 1435H bagi penduduk Perumahan Peramu kawasan Tanjung Lumpur dekat sini telah diserikan dengan lawatan mahasiswa-mahasiswa dari kampus sekitar untuk menyambut sambutan tahun baru ini dengan mereka. 




Program anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Pahang itu telah berjaya mendekati rakyat serta menggembirakan warga setempat. Program yang disusun sempena awal muharam itu berobjektifkan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat serta memaknakan erti awal muharam dalam setiap hati ummat Islam.

           Program yang julung-julung kali dibuat ini turut dihadiri sendiri oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul Muntaqim Abu Bakar. Dalam ucapan pembukaan, beliau memuji komitmen dan semangat mahasiswa yang sudi untuk turun bersama mendekati masyarakat. Program yang dimulakan seawal 9 pagi telah berjaya mendekati lebih dari 60 rumah masyarakat setempat. Sedikit sumbangan serta cenderamata berubah buah-buahan dan keperluan harian seperti beras, gula, susu dan biskut turut dijadikan buah tangan. Walaupun hujan agak lebat pada sebelah paginya, ternyata ianya tidak menghalang sukarelawan-sukarelawan anak muda Gamis Pahang ini untuk turun bersama warga setempat.

 

Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Gamis Pahang, Saudara ‘Abdul Muntaqim Abu Bakar


 
 Proses pengagihan sumbangan







 
 

Program tersebut telah diakhiri dengan lawatan ke perniagaan kecil-kecilan keropok lekor oleh masyarakat sekitar dalam kejiranan tersebut juga. Mengulas mengenai aktiviti yang dijalankan, Saudar Hisham dari UIAM kampus Kuantan berhasrat agar program sebegini mendapat lebih partisipasi dari lebih ramai mahasiswa serta dermawan-dermawan diluar sana untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti Gamis Pahang.